Coklat mahal, harga koko melambung tinggi

Oleh – Syeikh Baran


Coklat mahal, harga koko melambung tinggi
Di antara pelbagai jenis coklat, harga coklat gelap paling teruk terjejas. – Reda&co/ Universal/ Getty

Harga koko yang mencecah rekod tertinggi dibimbangi meningkatkan kos untuk sekeping coklat, lapor akhbar Daily Express semalam.

Harga komoditi itu melonjak lebih 40 peratus dalam tempoh sebulan daripada £3,443 (RM20,719) satu tan metrik pada 9 Januari lalu kepada £4,909 (RM29,525) satu tan metrik semalam.



Harga koko melonjak lebih 5 peratus dalam pasaran Ice Exchange London. Pada setahun lalu, harga koko adalah sekitar £1,904 (RM11,457) bagi setiap satu tan metrik.

Syarikat Cdbury pada bulan lalu memaklumkan bahawa pihaknya terpaksa melakukan ‘kenaikan harga, namun secara berhati-hati’.

“Membuat perubahan pada harga produk kami sentiasa menjadi pilihan terakhir, namun, kos merentasi rantaian bekalan kami meningkat secara mendadak.

“Ramuan utama seperti koko dan gula jauh lebih mahal, manakala kos tenaga, pembungkusan dan pengangkutan juga kekal tinggi,” jelas syarikat itu.



Satu kajian dijalankan laman pengguna Which? mendedahkan bahawa kos sekotak coklat dijual pada musim perayaan meningkat sekurang-kurangnya 50 peratus berbanding tahun sebelumnya. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button