Wanita 200kg dibantu ke Hospital Tawau

Oleh – Syeikh Baran


Wanita 200kg dibantu ke Hospital Tawau
Pasukan bomba membantu mengangkat Seorang wanita obesiti dengan berat badan 200 kilogram (kg) masuk ke dalam ambulans sebelum dihantar ke Hospital Tawau hari ini. -Foto JBPM

Seorang wanita obesiti dengan berat badan 200 kilogram (kg) terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk mengangkatnya ke ambulans sebelum dihantar ke hospital hari ini.

Wanita berusia 53 tahun itu mengalami muntah-muntah di kediamannya di tingkat satu bangunan kedai di Jalan Apas, Batu 3 pagi tadi.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.46 pagi bagi membantu anggota perubatan mengangkat mangsa obesiti.



“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau digerakkan ke lokasi dan sebaik tiba pasukan operasi membantu mengangkat mangsa dari tingkat satu ke ambulans.

“Seterusnya mangsa dibawa ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker