Kamera tersembunyi dalam bekas pewangi

Oleh – Syeikh Baran


Kamera tersembunyi dalam bekas pewangi
Tangkap layar penemuan kamera tersembunyi di dalam tandas sebuah inap desa di Jelutong, baru-baru ini.

Polis sedang menyiasat kes tular membabitkan dakwaan seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa intipan selepas terjumpa kamera tersembunyi (spy camera) di dalam bekas pewangi, bilik air sebuah inap desa di Jelutong, di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya terkesan dengan satu ‘posting’ menerusi aplikasi X berhubung kejadian tersebut semalam.



“Siasatan awal mendapati, mangsa seorang wanita warga tempatan berusia 24 tahun telah mendaftar masuk di sebuah inap desa di Jelutong bersama tiga orang rakan pada 5 Februari untuk bercuti.

”Pada 6 Februari, kira-kira pukul 8 malam, mangsa telah terjumpa sebuah kamera tersembunyi di dalam bekas pewangi di tandas inap desa ini.

”Mangsa telah membuat laporan kepada pengurusan inap desa dan membuat laporan polis berhubung perkara ini,” katanya di sini, hari ini.

Sejak semalam tular di aplikasi X mengenai dakwaan seorang wanita yang mendakwa dirinya menjadi mangsa intipan dengan menggunakan kamera tersembunyi.



Wanita itu mendakwa percutiannya menjadi mimpi ngeri selepas menyedari kejadian itu.

Menurut Razlam, kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan (mengaibkan kehormatan seseorang).

”Siasatan sedang dijalankan dan pemeriksaan awal mendapati tiada imej atau video terkandung dalam storan kamera tersebut.

”Pihak polis meminta agar orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung perkara ini sehingga menjejaskan siasatan polis,” katanya.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading