Puntianak terkena ‘renjatan elektrik’

Oleh – Syeikh Baran


Puntianak terkena ‘renjatan elektrik’
GAMBAR menunjukkan lembaga putih yang didakwa puntianak (dalam bulatan) di kabel elektrik di Indonesia. – Foto Jawa Pos/Media Sosial

Warga maya digegarkan dengan satu klip video menunjukkan  lembaga putih dipercayai puntianak, terbang dan dikatakan terkena renjatan elektrik di sebuah pencawang di Indonesia, lapor portal beritaiNewsKarawang.id kelmarin.

Video itu menjadi tular di Instagram baru-baru ini selepas dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial menggunakan akaun @budnsteutic.

Dalam rakaman video itu, kedengaran suara seorang wanita yang beristighfar apabila melihat lembaga putih itu terbang laju ke arah pencawang elektrik.



“Awas hati-hati. Eh renjatan elektrik,” jerit suara  seorang lelaki yang merakam video tersebut.

Lembaga putih itu kemudian bergerak ke arah kabel elektrik sebelum berlaku satu letupan.

Sejumlah netizen memberikan komen yang melucukan tentang klip video lembaga putih itu.

“Kenapakah pergi ke sana (kabel elektrik), Pada kebiasaannya pergi ke pokok.” tulis seorang netizen di media sosial.

Seorang lagi menulis: “Ia (lembaga putih) ada mata atau tidak?”. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker