MBDK kompaun peniaga tanpa lesen

Oleh – Syeikh Baran


MBDK kompaun peniaga tanpa lesen
Dua kompaun dikeluarkan dalam pemeriksaan yang dijalankan di Jalan Kasawari 4B.

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengeluarkan dua kompaun terhadap premis yang beroperasi tanpa lesen perniagaan di sekitar Taman Eng Ang di sini.

MBDK melalui hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan, pemeriksaan telah dijalankan di Jalan Kasawari 4B ketika premis perniagaan pasar mini tersebut sedang beroperasi.



“Siasatan selanjutnya di lokasi mendapati premis ini beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah serta memaklumkan masih belum memperbaharui lesen perniagaan yang terkini bagi tahun 2024.

“Dua kompaun diserah kepada pemilik perniagaan di atas kesalahan beroperasi tanpa lesen serta menimbulkan halangan di lorong belakang premis,” menurut MBDK menerusi hantaran tersebut.

MBDK kompaun peniaga tanpa lesen
Operasi berasingan turut dijalankan di Jalan Teluk Kapas, Rantau Panjang.

MBDK berkata, kompaun dikenakan di bawah Undang-Undang Kecil3 Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (MPK) 2007 serta Seksyen 46 (1)(d) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974.

Sementara itu, dalam satu operasi berasingan di Jalan Teluk Kapas, Rantau Panjang, pihak berkuasa tempatan itu turut memberi satu kompaun kepada pemilik perniagaan yang menjual makanan dan minuman juga di atas kesalahan beroperasi tanpa lesen.



“Kompaun dikenakan di bawah UUK3 Pelesenan Establisymen Makanan (MPK) 2007,” tambah kenyataan tersebut.

Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button