Tiada tangkapan terbaru, 30 masih diburu

Oleh – Syeikh Baran


Tiada tangkapan terbaru, 30 masih diburu
Suasana di hadapan Depot Imigresen sementara Bidor..-Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

Tiada penangkapan terbaru dengan baki 30 tahanan lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada 1 Februari lalu masih diburu polis dan imigresen.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd. Naim Asmawi berkata, jumlah tangkapan setakat ini hari ini masih kekal dengan 99 tahanan lolos telah berjaya ditangkap dalam operasi bersepadu yang melibatkan polis dan imigresen dengan kerjasama orang awam.

“Operasi tidak pernah dihentikan dan masih diteruskan walaupun semasa cuti perayaan dan hujung minggu,” katanya hari ini.



Jumlah keseluruhan tahanan yang lolos ialah 131 tahanan dengan dua tahanan mati kerana kemalangan jalan raya.

Operasi mengesan tahanan lolos depot yang masih bebas telah memasuki hari ke-11.

Sumber – KOSMO! ONLINE.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading