Wanita lemas tanpa pakaian ditemui di Pandan Lake View
Oleh – Syeikh Baran
Seorang wanita ditemui lemas dalam keadaan tidak berpakaian di Pandan Lake View, Pandan Perdana, di sini, hari ini.
“Menurut saksi kejadian yang berada di kawasan tasik tersebut, mangsa dikatakan dalam keadaan tidak berpakaian telah masuk ke dalam tasik dan dipercayai lemas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Azam, mangsa yang berusia lingkungan 40-an itu ditemui tanpa sebarang identiti bersamanya.
“Mangsa berjaya dijumpai dengan bantuan dari pihak Bomba (Unit Selam) kira-kira dua jam selepas kejadian di tasik yang sama tanpa berpakaian,” ujarnya.
Tambah beliau, terdapat tanda kesan suntikan BCG pada bahu kiri mangsa.
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.