Tuntut cerai isteri terlalu sukakan buah zaitun

Oleh – Syeikh Baran


Tuntut cerai isteri terlalu sukakan buah zaitun
GAMBAR fail menunjukkan sejumlah buah zaitun.

Seorang lelaki Kuwait memulakan tuntutan perceraian dengan menyatakan isterinya yang menyukai buah zaitun sebagai punca utama dia berbuat demikian, lapor potal berita Gulf News kelmarin.

Kes pelik itu mendapat perhatian di platform media sosial selepas diceritakan oleh peguam lelaki berkenaan di platform X. 

Menurut peguam itu, Abdulaziz Al Yahya, keputusan si suami menuntut perceraian itu dipengaruhi oleh beberapa faktor, tetapi kesukaan isterinya kepada buah zaitun yang mendorongnya untuk bercerai.



Keluhan lelaki itu, seperti yang dinyatakan dalam tuntutan mahkamah, adalah tentang ketidakupayaannya untuk hidup bersama kerana isterinya terlalu sukakan buah zaitun.

Namun, kegemaran isterinya itu tidak dapat diterima kerana suaminya tidak menyukai bau buah itu.

Al Yahya menghuraikan percubaan suami untuk menangani isu itu namun mereka tetap tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Keengganan isterinya untuk beralah akhirnya menyebabkan si suami memfailkan tuntutan mahkamah termasuk bagi menuntut ganti rugi akibat cita rasa masakan isterinya. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker