Mengamuk rosakkan cermin sisi kereta

Oleh – Syeikh Baran


Mengamuk rosakkan cermin sisi kereta
Tangkap layar insiden penunggang motosikal itu merosakkan cermin sisi sebuah kereta semalam.

Satu klip video yang memaparkan seorang penunggang motosikal merosakkan cermin sisi sebuah kereta tular di media sosial.

Menerusi hantaran Akhi Ismile di Facebook, cermin sisi keretanya ditujal ketika menggunakan laluan Smartlane ketika berhampiran persimpangan Sungai Buaya, Hulu Selangor, semalam.



“Di laluan SmartLane pun kena tendang side mirror. Tepi highway selang 500 meter (m) ada signboard SmartLane,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, dia turut berkongsi kerosakan cermin sisi keretanya akibat perbuatan penunggang motosikal terbabit.

Tidak puas hati melihat aksi penunggang berkenaan, orang ramai mengecam dan berharap pelaku dapat diambil tindakan dengan segera.

“Rider tak cakna pasal SmartLane la tu. benda dah “halal” guna pun masih ingat “haram” kereta guna,” komen Mohd Saifullah.



“Report polis lah, tengok samseng mcm mana,” kata Mohamad Amirul Jais.

“Majoriti tak tahu kewujudan SmartLane, duduk dalam gua mungkin. Bertabahlah owner, nombor plat dah dapat. Harap ada tindakan pihak berkuasa,” ujar Akmal Dahlan.

Sumber – KOSMO! ONLINE.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading