Dua ditahan memandu mabuk malam Tahun Baharu Cina

Oleh – Syeikh Baran


Dua ditahan memandu mabuk malam Tahun Baharu Cina
Antara individu ditahan memandu dalam keadaan mabuk di Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, Ampang Jaya, malam tadi.

Seorang lelaki warga asing antara dua individu ditahan memandu dalam keadaan mabuk menerusi Op Mabuk Sempena Op Selamat 21, Tahun Baharu Cina, malam tadi.

Operasi yang bermula pukul 9 malam sehingga 11 malam itu dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail berkata, sekatan jalan raya operasi itu diadakan di Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, di sini.



Keta beliau, seramai dua lelaki telah ditahan di mana salah seorang adalah warga Pakistan. Kedua-dua mereka berusia lingkungan 55 hingga 65 tahun.

“Kedua-dua individu ini ditahan atas kesalahan memandu kenderaan bermotor dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan mengikut peruntukan seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd Azam, tangkapan bersama kenderaan yang terlibat telah dibawa balik ke BSPT Ampang Jaya dan dijalankan ujian nafas menggunakan alat Evidential Breath Analyzer II (EBA II).

“Hasil ujian yang dijalankan menunjukkan tahap kandungan alkohol dalam darah individu yang ditahan melebihi had yang ditetapkan.



“Individu yang didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen ini boleh dihukum penjara tidak melebihi dua tahun dan denda tidak kurang daripada RM 10,000 dan tidak lebih daripada RM 30,000.

“Selain itu, lesen memandu akan digantung selama tempoh tidak melebihi dua tahun,” ujar beliau.

Tambah Mohd Azam, orang awam dinasihatkan supaya tidak memandu kenderaan semasa berada di bawah pengaruh alkohol terutamanya di musim perayaan ini.

Kata beliau, raikan perayaan ini penuh suka tanpa duka dengan cara pemanduan yang cermat dan berhati-hati selain ingat orang yang tersayang.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker