Beroperasi seperti biasa walau terima ancaman

Oleh – Syeikh Baran


Beroperasi seperti biasa walau terima ancaman
Sebahagian orang awam dan kakitangan MBJB berkumpul sebaik mendapat arahan. – foto fb Johor Post

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), mengesahkan segala urusan di Menara MBJB itu kembali beroperasi seperti biasa biarpun menerima emel berhubung ancaman bom, pagi tadi.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd Noorazam Osman ketika mengesahkan perkara tersebut berkata,emel tersebut diperoleh daripada individu yang mendakwa dirinya bernama Takahiro Karasawa (takhiro [email protected]).



Katanya, sejurus menerima emel berkenaan, pihak MBJB telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

“Arahan pengungsian bangunan dan berkumpul di lokasi menunggu tadi sehingga pemeriksaan dilaksanakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Lanjutan pemeriksaan menyeluruh daripada pihak PDRM, anggota MBJB telah dibenarkan untuk kembali semula ke pejabat pada jam 2 petang.

“Pihak PDRM juga telah mengesahkan bahawa ancaman yang diterima adalah palsu dan mengesahkan Menara MBJB adalah selamat untuk beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ketika kejadian, dianggarkan lebih 500 kakitangan MBJB termasuk orang awam berada di bangunan Menara MBJB.



Sementara itu, dalam kenyataan tersebut, Mohd Noor Azam turut mengesahkan Menara MBJB kini telah beroperasi semula mengikut waktu pejabat.

Sumber – SINAR HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading