Motosikal hilang kawalan langgar MPV
Oleh – Syeikh Baran
Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar sisi sebelah kanan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Kampung Kelewek, Batu Gajah dekat sini pada Isnin.
Kejadian pada jam 7.40 pagi itu telah menyebabkan mangsa berusia 72 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Mohd Razi Rosli berkata, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.
“Mangsa kemudian telah melanggar sisi sebelah kanan MPV lalu menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.