Chelsea waspada rentak Palace

Oleh – Syeikh Baran


Chelsea waspada rentak Palace
Chelsea waspada rentak Palace

Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino menyeru agar barisan pemain waspada dengan ancaman yang boleh diberikan Crystal Palace menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Selhurt Park awal pagi esok.

Kata Pochettino, skuad Palace yang dikendalikan oleh Roy Hodgson mampu untuk ‘rentap’ momentum positif yang sedang diusahakan oleh barisan pemain andai tidak memberikan sepenuh perhatian di atas padang nanti.



“Saya sangat teruja dapat menguji strategi menentang Hodgson yang cukup saya hormati. Situasi ketika ini mungkin tidak begitu baik buat mereka selepas tewas dua perlawanan berturut-turut.

“Mungkin kehilangan dua pemain utama, Eberechi Eze dan Michael Olise menjejaskan sedikit corak permainan lawan dan saya harap kita dapat menggunakan kesempatan itu untuk meraih kemenangan bergaya,” katanya.

Sementara itu, Pochettino mengesahkan tiga pemain pertahanan, Levi Colwill, Trevoh Chalobah dan Benoit Badiashile mungkin terpaksa disisihkan selain tonggak tengah, Romeo Lavia masih mengalami kecederaan jangka panjang.

“Badiashile mengalami kecederaan ketika aksi Piala Liga Inggeris (EFL) yang lepas manakala Colwill dan Chalobah pula masih belum cergas sepenuhnya tetapi tidak mustahil untuk diturunkan menentang Palace.



“Cuma, apa yang merisaukan saya adalah situasi Lavia yang masih belum menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukan dan kemungkinan besar terlepas aksi final Piala EFL hujung bulan nanti,” katanya. – AGENSI
 
Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading