Identiti UFO di Bulan dikenal pasti

Oleh – Syeikh Baran


Identiti UFO di Bulan dikenal pasti
SATU imej UFO misteri dirakamkan oleh LRO antara 5 hingga 6 Mac lalu ketika ia melintasi bulan. – Foto NASA/Goddard/Universiti Negeri Arizona

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengenal pasti identiti imej objek terbang tidak dikenali (UFO) berbentuk papan luncur misteri yang terbang mengelilingi Bulan, lapor portal berita The Sun semalam.

Sebelum ini, kapal angkasa robotik Pengorbit Peninjau Bulan (LRO) merakam gambar objek pelik itu antara 5 dan 6 Mac lalu, dipercayai sesetengah pihak sebagai pesawat makhluk asing.



Pasukan operasi LRO di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard NASA di Greenbelt, negeri Maryland mendedahkan bahawa UFO yang dirakam itu sebenarnya kapal angkasa pengorbit bulan Korea Selatan, Danuri.

“Kedua-dua kapal angkasa itu mengembara dalam orbit hampir selari, melepasi satu sama lain dalam arah bertentangan antara 5 dan 6 Mac 2024,” kata pasukan operasi dalam satu catatan blog.

Bagaimanapun,  kata NASA, gambar yang dirakamkan tidak begitu menyerupai Danuri kerana kelajuannya yang tinggi.

Kelajuan yang dicatatkan kedua-dua kapal angkasa itu ialah sekitar 11,500 kilometer sejam,  menyebabkan ia kelihatan seperti papan luncur. 



Rupa bentuk Danuri pula ialah seperti sebuah kotak dengan dua panel solar bersayap dan sebuah antena. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading