Wanita nekad cari suami kaya di dalam pesawat

Oleh – Syeikh Baran


Wanita nekad cari suami kaya di dalam pesawat
Tangkap layar Karolina membawa kertas bertulis ‘Mencari Suami Kaya’ di dalam pesawat – TikTok/KarolinaGeits

Seorang model wanita dan pesohor media sosial dikenali sebagai Karolina Geits mendapat galakan netizen berhubung tindakannya mencari pasangan di dalam pesawat, lapor laman portal Wolipop semalam. 

Wanita itu membawa sepanduk  tertera slogan ‘mencari seorang suami kaya’ malah turut mengumumkannya di hadapan penumpang lain.



Dalam satu hantaran di platform TikTok, Karolina dilihat membawa kertas tertera slogan tersebut semasa berada di dalam sebuah penerbangan. Dia menunjukkannya kepada pramugari dan meminta izin untuk mengisytiharkannya. 

Karolina turut membawakan kod bar untuk mereka yang berminat untuk mengenali dirinya secara lebih dekat supaya dapat menghubunginya secara peribadi.

“Hai, kawan-kawan. Nama saya Karolina Geits. Saya sedang mencari seorang suami yang kaya. Saya duduk di kerusi 2E. Marilah  jumpa saya kalau awak kaya,” katanya.

Karolina menjelaskan bahawa idea tersebut mendapat sokongan penuh daripada kru penerbangan dan juruterbang. 



“Mereka sangat menghargai kreativiti saya dan mereka bukan sahaja gembira untuk membantu malah menelefon kapten yang turut bersetuju dengan idea ini. Saya amat berterima kasih atas kebaikan kru pesawat dan sokongan semua orang,” katanya seperti dilaporkan laman berita Needtoknow. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading