Dua maut dalam nahas dua kenderaan

Oleh – Syeikh Baran


Dua maut dalam nahas dua kenderaan
Keadaan dua kenderaan yang terbabit dalam kemalangan. Foto BBP Tangkak

Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 36 Jalan Muar-Segamat, di sini, pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan berkenaan sekitar jam 8 pagi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Mitsubishi Grandis yang dalam perjalanan dari Segamat menghala ke Tol Tangkak hilang kawalan hingga memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah kenderaan jenis Suzuki Vitara yang dalam perjalanan ke Tangkak.



“Akibat perlanggaran tersebut pemandu MPV mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan dan sedang dirawat di Hospital Tangkak manakala pemandu dan penumpang Suzuki Vitara disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan di bahagian dada, badan dan kaki,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ), 1987.

Katanya, mayat dua mangsa turut dihantar ke Hospital Tangkak untuk tindakan lanjut.

Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker