Kebakaran flat Sri Sabah, kerja pembersihan selesai

Oleh – Syeikh Baran


Kebakaran flat Sri Sabah, kerja pembersihan selesai
Tangkap layar kebakaran yang berlaku di Tingkat 17 Flat Sri Sabah, semalam.

Pihak Badan Pengurusan Bersama Flat (JMB) selesai melakukan kerja-kerja pembersihan sisa kebakaran di Blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras, di sini, kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Difahamkan, kesemua mangsa yang membabitkan lima buah rumah di tingkat 17 kini ditempatkan sementara di Sekolah Kebangsaan Sri Cheras, di sini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) mengambil masa lima jam untuk memadam kebakaran semalam, yang berakhir pada pukul 2 pagi tadi.

Balai yang terlibat adalah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu, BBP Bandar Tun Razak, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Jalan Tun Razak, BBP Sri Hartamas dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bukit Bintang, PBS Desa Petaling dan PBS Gombak.



Sehubungan itu, lima buah rumah dengan keluasan 800 kaki persegi terbakar sebanyak 85 hingga 97 peratus.

Menurut laporan awal, kegagalan sistem pemadaman di lokasi menyebabkan kesukaran bagi pihak bomba dalam memadamkan kebakaran dengan lebih awal.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker