Remaja kritikal hampir lemas dalam asap kebakaran rumah, bapa cedera

IPOH: Seorang remaja perempuan dilaporkan kritikal selepas hampir lemas dalam kebakaran rumah yang didiami keluarganya di Taman Suria, Jalan Kuala Kangsar, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Azman Hussin, berkata kebakaran membabitkan rumah teres dua tingkat berkeluasan 153.3 meter persegi yang didiami enam beranak, musnah terbakar 35 peratus.

Katanya, sepasukan anggota dari BBP Ipoh, dibantu oleh BBP Meru Raya dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 12.44 tengah malam.



Beliau berkata, selain remaja berumur 15 tahun itu, bapanya yang berusia 44 tahun cedera di kaki dan tangan selain melecur pada kadar satu peratus di bahu.

“Kedua-dua mereka kemudian dihantar ke hospital dan remaja berkenaan kini kritikal dan ditempatkan di zon merah, susulan (hampir) lemas asap,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Azman berkata, selain operasi penyelamatan, operasi pemadaman api dibuat menggunakan dua aliran hos bersumberkan air tangki jentera bomba hingga kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 2.10 pagi tadi.



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading