Hujan lebat di China, sejuta penduduk dipindahkan

Hujan lebat di China, sejuta penduduk dipindahkan

Hujan lebat di China, sejuta penduduk dipindahkan
PENDUDUK membersihkan jalan selepas banjir surut di Beijing. FOTO AFP

Beijing: Pihak berkuasa China memindahkan lebih 1.2 juta penduduk susulan hujan lebat yang melanda wilayah Hebei.

Hujan lebat sejak minggu lalu yang dicetuskan oleh Taufan Doksuri menyebabkan wilayah itu dilanda banjir, menyebabkan kira-kira 857,200 orang terpaksa berpindah, lapor Agensi Anadolu.

Lebih 4,700 pasukan penyelamat yang terdiri lebih daripada 100,000 anggota dikerahkan untuk membantu operasi menyelamat.



Hujan lebat menyebabkan 20 orang terkorban, 11 daripadanya dilaporkan di Beijing dan 19 lagi masih hilang.

Seorang doktor yang berasal dari Bangladesh Nazmus Sakib menyifatkan banjir yang berlaku kali ini sebagai “mengerikan.”

“Saya menetap di China selama 13 tahun dan belum pernah melihat hujan seperti itu,” kata Sakib kepada penyiar CGTN.

Askar dan helikopter tentera turut dikerahkan untuk membantu misi mencari dan menyelamat.



Pihak berkuasa memperuntukkan kira-kira AS$15 juta (kira-kira RM68 juta) untuk menangani bencana itu.

Hujan lebat di China, sejuta penduduk dipindahkan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rupanya Masih Ada Penyokong DS Najib Yang Mahu Beliau Terus Kekal Dalam Penjara



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading