Alat pemadam api meletup, pelajar maut di Bangkok

 

Alat pemadam api meletup, pelajar maut di Bangkok
Pelajar maut selepas alat pemadam api meletup semasa latihan kebakaran di sekolah.

BANGKOK: Seorang pelajar maut, manakala sekurang-kurangnya sembilan lagi cedera apabila alat pemadam api meletup ketika sesi latihan kebakaran di sebuah sekolah menengah di Bangkok, Jumaat.

Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana Thailand memaklumkan alat pemadam api meletup semasa latihan kebakaran di Sekolah Rajavinit Mathayom di Daerah Dusit pada 11.22 pagi (waktu tempatan).

“Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca letupan,” katanya.



Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt yang melawat tempat kejadian, berkata 21 pelajar mengalami kecederaan ringan, manakala sembilan lagi pelajar dikejarkan ke dua hospital untuk menerima rawatan.

Semua pelajar dilaporkan dalam keadaan stabil.

Media tempatan melaporkan mangsa yang maut ialah pelajar Grade 12.

Siasatan awal mendapati suhu tinggi mungkin menyebabkan alat pemadam api itu meletup ketika anggota bomba sedang menunjukkan cara-cara penggunaan alat pemadam api.



Pesuruhjaya Biro Polis Metropolitan Pol Lt Jen Thiti Saengsawang, berkata polis mengaitkan tiga individu dengan kecuaian ketika latihan dijalankan.

“Lebih banyak pertuduhan menyusul selepas penyiasat selesai menyoal peserta lain,” katanya dipetik oleh Bangkok Post. – BERNAMA

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading