Warga emas patah tangan akibat diragut

Oleh – Syeikh Baran


Warga emas patah tangan akibat diragut
Seorang wanita warga emas (duduk) cedera akibat di ragut di Taman Muda, di sini, pada Sabtu. FOTO IPD Ampang Jaya. (Gambar kecil: Mohd Azam)

Seorang wanita warga emas cedera di leher dan patah tangan kanan akibat diragut seorang penunggang motosikal di hadapan sebuah restoran di Taman Muda, di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian pada jam 5 petang, mangsa berusia 72 tahun mahu ke kedai membeli barang.

“Suspek yang menunggang sebuah motosikal telah meragut seutas rantai emas milik mangsa dari arah belakang lalu melarikan diri.



Mohd Azam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker