Che Ta Naikkan Duit Shopping Makeup Aaisyah Dari RM100 Ke RM250 Seminggu [VIDEO]
Cetus Perhatian Ramai!
Che Ta Naikkan Duit Shopping Makeup Aaisyah Dari RM100 Ke RM250 Seminggu [VIDEO]
Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia.Dan Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Lepas Dapat Barang, Terus I LOVE YOU”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 86 ribu, tanda suka sebanyak 5 ribu dan sebanyak 76 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta membawa Aaisyah untuk membeli barang makeup nya dengan bajet RM100. Namun setelah setengah jam tidak membeli apa-apa, Che Ta menaikkan jumlah bajet tersebut menjadi RM250 seminggu untuk membeli makeup sahaja.
@rozitachewan1 Harap2 video ni tk kena removed oleh tik tok lah ye😬😬😬😬 . Stress kiter! . Hampa masuk kak pora 55 henggit baqu dpt celak besaq en en ja .. . Ni serum cekang jelita kami ni, dh la guna bahan2 premium, serum pertama kt malaysia yg mengguna SEA FENNEL STEAM CELL yg mana bg cekang serta merta & serum ni adalah serum yg menyahkan JERAGAT .. Nk muka lawa menjelang raya , tekan bag kuning laju2‼️ . #cekangjelita #serumviral #byrcw #cekangsampairaya #rcw #rozitachewan #cheta #aaisyahdhiarana #fyp
Rata-rata video tersebut telah menarik perhatian ramai. Mereka juga mengatakan bahawa Aaisyah sangat beruntung kerana bagi mereka bajet untuk membeli barangan makeup adalah berjumlah RM100 untuk sebulan.
Apa-apa pun, setiap orang lain rezeki yang telah diaturkan oleh Allah S.W.T. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Che Ta Naikkan Duit Shopping Makeup Aaisyah Dari RM100 Ke RM250 Seminggu [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hanya Berlaku Di Negeri Melayu Isley PAS
- Mantan Ketua Hakim Negara Bangkitkan Beberapa Persoalan Mengenai Surat Pengampunan DS Najib
- Bila Mat Jargon Londehkan Jubah Pemimpin PAS
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Tuan Ibrahim Akui RUU 355 & Hudud Hanya Alat Kempen Bagi PAS