Tembakan rambang di Bandar Kansas

Oleh – Syeikh Baran


Tembakan rambang di Bandar Kansas
Orang ramai bergegas meninggalkan lokasi kejadian selepas tembakan berlaku di Bandar Kansas semalam. – AFP

Seorang maut, manakala 21 yang lain termasuk kanak-kanak cedera dalam satu insiden tembakan rambang di acara perhimpunan bagi meraikan kemenangan pasukan bola sepak Amerika, Kansas City Chiefs, semalam.

Hospital Children’s Mercy di Bandar Kansas berkata, daripada 12 mangsa yang dirawat, 11 daripadanya ialah kanak-kanak. Sembilan daripada mereka mengalami luka akibat tembakan.



Serangan itu berlaku beberapa saat selepas pemain Kansas City Chiefs berucap kepada sekumpulan besar penyokong yang bersorak dan berkumpul selepas pasukan itu muncul juara perlawanan Super Bowl.

Polis berkata, tiga suspek telah ditahan selepas kejadian itu, manakala motif kejadian masih dalam siasatan.

Ketua Jabatan Bomba Bandar Kansas, Ross Grundyson memberitahu sidang akhbar bahawa ramai mangsa mengalami kecederaan yang mengancam nyawa. – AFP

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button