Mara bakal hantar lebih ramai pelajar ke Jepun

Oleh – Syeikh Baran


Mara bakal hantar lebih ramai pelajar ke Jepun
Asyraf Wajdi (kiri) ketika mengadakan pertemuan bersama JICA di Tokyo, Jepun. Foto Facebook Asyraf Wajdi

Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menghantar lebih ramai pelajar Malaysia ke Jepun bagi meningkatkan peluang latihan industri dalam bidang-bidang strategik dengan pemain industri Jepun.

Pengerusi Mara, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, inisiatif melalui Mara Japan Industrial Institute (MJII) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu dibincangkan menerusi perbincangan bersama Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) di Tokyo, Jepun.



“Sejurus tiba di Tokyo pagi Sabtu, terus mengadakan perjumpaan bersama JICA yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Hotel Imperial, Tokyo.

“JICA menggalakkan kerjasama Jepun di peringkat antarabangsa dan perjumpaan strategik ini membuka peluang kepada Mara khususnya untuk bekerjasama dalam pelbagai inisiatif kerjasama melalui pendidikan, peralihan teknologi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) ke Institusi Pendidikan Mara (IPMA) Mara.

“Selain itu, memperkukuh kerjasama dengan pemain-pemain industri di Jepun bagi memanfaatkan para pelajar dan tenaga pengajar dalam ekosistem pendidikan Mara,” katanya dalam siaran di Facebook pada Sabtu.

Sumber – SINAR HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading