Real, Liverpool, Arsenal berebut Mbappe?

Oleh – Syeikh Baran


Real, Liverpool, Arsenal berebut Mbappe?
MBAPPE akhirnya memutuskan keputusan untuk menyertai kelab baharu secara percuma sebaik kontraknya bersama PSG tamat hujung musim ini. – AFP

Jodoh penyerang sensasi Perancis, Kylian Mbappe bersama Paris Saint-Germain (PSG) akhirnya ‘berkecai’ selepas bersetuju untuk berhijrah mencari angin baharu secara percuma apabila kontraknya berakhir hujung musim ini.

Sebagai rekod, Mbappe me­nyertai PSG daripada AS Monaco pada 2017 dan menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman buat kelab itu dengan meledak 274 ja­ringan dalam tempoh hampir tujuh tahun.



Sejak beberapa tahun lalu, Mbappe se­ring dikaitkan dengan gergasi La Liga, Real Madrid sehinggakan didakwa telah bersetuju secara lisan meskipun terma dan syarat kontrak terbabit masih belum diputuskan oleh kedua-dua pihak.

Ini adalah tahun ketiga Mbappe dilaporkan mahu menyarung jersi Los Blancos dengan saga perpindahan bermula pada 2022 sebelum mengambil keputusan untuk menyambung kontrak lanjutan bersama PSG selama dua tahun.

Jendela perpindahan tahun lepas turut hangat selepas Real bersedia untuk memecahkan tabung mereka dengan menandatangani khidmat Mbappe lebih awal, tetapi tidak berjaya.

Bagaimanapun, bintang ber­usia 26 tahun itu terus memberi harapan kepada Real apabila enggan menandatangani klausa lanjutan kontrak bersama PSG hingga 2025, sekali gus memboleh­kannya berpindah secara percuma apabila tamat saingan musim ini.



PSG yang dikendalikan oleh Luis Enrique dilaporkan sudah bersedia untuk memandang ke hadapan dengan membuka lembaran baharu meskipun sukar menerima hakikat kehilangan pemain berkelas dunia buat kali ketiga berturut-turut.

PSG hilang Lionel Messi yang menyertai Inter ­Miami sebelum Neymar membuat kejutan berhijrah ke Arab Saudi bersama Al-Hilal.

Walaupun Real lebih menjadi pilihan utama, namun Liverpool dan Arsenal tetap dilihat berpeluang menyambar ­khidmat Mbappe musim depan.– AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading