Pelik! Keluarga Ulas berjalan seperti haiwan

Pelik! Keluarga Ulas berjalan seperti haiwan

Pelik! Keluarga Ulas berjalan seperti haiwan
GAYA berjalan kaki unik keluarga yang menarik ini tidak pernah dilihat pada manusia dewasa. FOTO YouTube/ 60 Minutes Australia

Ankara: Sebuah keluarga di tenggara Turkiye mendapat perhatian kerana keunikan cara mereka yang berjalan dengan menggunakan tangan dan kaki.

Kalinga TV melaporkan, kebolehan berjalan merangkak, bukan sahaja menarik perhatian rakyat senegara tetapi juga menarik perhatian media global termasuk BBC.

Apa yang menjadikan keluarga Ulas benar-benar luar biasa adalah pergerakan mereka yang berjalan dengan menggunakan kedua-dua kaki dan tapak tangan.



Gaya berjalan kaki unik keluarga yang menarik ini tidak pernah dilihat pada manusia dewasa.

Kisah menarik itu bermula dengan kertas saintifik yang dikarang oleh penyelidik Turkiye membuatkan saintis di seluruh dunia menjadi bingung.

Adik-beradik yang terjejas itu didapati mempunyai keadaan yang dipanggil ‘ataxia cerebellar ‘ kongenital tidak progresif.

Di samping itu, mereka mengalami kurang upaya intelek ringan dan sukar mengekalkan keseimbangan ketika berjalan dengan dua kaki.



Sebelum disahkan menghidap penyakit utu, segelintir saintis secara salah melabelkan keadaan mereka sebagai ‘evolusi mundur,’ tanggapan yang mencetuskan kritikan.

Prof Humphrey sendiri hairan dan tidak pernah menjangkakan manusia akan kembali kepada keadaan seperti haiwan.

Beliau melakukan penyelidikan lebih dalam dan mendapati apa dilihat pada keluarga itu mungkin gambaran pada tempoh masa ketika manusia tidak berjalan tegak.

Pelik! Keluarga Ulas berjalan seperti haiwan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Gabenor Bank Negara tidak tahu matawang Denmark

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button