5 PATI lemas, 2 masih hilang

4 wanita hilang mendaki di Tawau

SEMPORNA: Lima individu dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) ditemui lemas, manakala dua lagi dilaporkan masih hilang selepas bot dinaiki bersama 20 yang lain karam di kawasan perairan berhampiran Pulau Tanduoan, di sini, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, seramai 13 penumpang ditemui selamat selepas diselamatkan penduduk kampung dan nelayan setempat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna, Faisal Ahmad, berkata pihaknya menerima laporan awal berhubung kejadian itu jam 9.10 malam.



Beliau berkata, laporan awal itu memaklumkan lima individu dikhuatiri lemas manakala identiti mangsa yang masih hilang belum diperoleh.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, dianggarkan seramai 20 penumpang berada di dalam bot berkenaan sebelum dilaporkan terbalik.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang masih hilang sedang giat dijalankan oleh pasukan bomba dan dibantu agensi lain, termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah mengesahkan mengenai kejadian berkenaan.



“Butiran dan maklumat lanjut masih dalam siasatan pihak polis,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button