Kes Aman Palestin: ISMA Nafi Ada Hubungan, PAS Membisu Seribu Bahasa
Kes Aman Palestin: ISMA Nafi Ada Hubungan, PAS Membisu Seribu Bahasa
Minggu lepas, gempar apabila FBI Amerika Syarikat menyenaraikan 3 pemimpin NGO Malaysia terlibat dalam aktiviti kumpulan pengganas.
Mereka adalah CEO Aman Palestin, Awang Sufian Awang Piut, pengasas Persatuan Cinta Syria Malaysia Ahmad Musa Kamaruzaman dan S/U Agung Dunia Melayu Dunia Islam Abu Bakar Abdul.
Kementerian Luar telah mengarahkan individu terbabit tidak terlibat dalam Op Ihsan yang menyelia penyampaian bantuan rakyat Palestin di Gaza.
Pengerusi sekretariat Op Ihsan, Jismi Johari, mengesahkan kesahihan arahan daripada bahagian Asia Barat Kementerian Luar.
Nama Awang Sufian Awang Piut serta Aman Palestin dengan segera mendapat perhatian umum di Malaysia.
Ianya berikutan pendakwaan penyelewengan dana sumbangan orang ramai yang sedang Aman Palestin sedang hadapi di mahkamah.
Berikutan dengan itu, Setiausaha Agung ISMA, Muhammad ‘Izzat Husman, dengan segera mengeluarkan kenyataan.
ISMA menyatakan pertubuhan itu tidak pernah terlibat atau mempunyai apa-apa hubungan dengan Aman Palestin.
ISMA menganggap dakwaan mengaitkan pertubuhan itu dengan Aman Palestin sebagai fitnah jahat yang mahu merosakkan nama baik mereka.
Semakan penulis mendapati Facebooker Salahuddin Hisham telah membuat pendedahan mengenai hubungan antara ISMA dan Aman Palestin.
Kalau benar ISMA pada bila-bila masa tidak pernah mempunyai apa-apa hubungan, mungkin ISMA boleh beri penjelasan mengenai surat di atas.
Sekiranya benar ISMA tidak pernah terlibat pada bila-bila masa dalam apa juga urusan dengan Aman Palestin, mungkin ISMA boleh beri penjelasan mengenai surat di atas.
Dan infografik yang penulis sertakan di atas diperolehi dari akaun rasmi Facebook ISMA Perlis.
Penulis bukan menuduh ISMA berbohong, tetapi bukti yang ada menimbulkan tanda soalan.
Penulis juga difahamkan, ISMA kononnya ISMA dikatakan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan PAS.
Malah ada yang mendakwa ISMA selama ini banyak melakukan kerja-kerja mempromosi parti PAS.
Penulis tidak pasti kebenarannya, tetapi diharapkan pihak ISMA dapat memberikan penjelasan memandangkan pemimpin PAS membisu seribu bahasa.
Kes Aman Palestin: ISMA Nafi Ada Hubungan, PAS Membisu Seribu Bahasa
Di Syorkan Untuk Anda:
- Muhyiddin Dan Hamzah Capai Kata Sepakat Tapi Dah Tanya Bini Ke Belum
- Apa Nasib UMNO Selepas PRU 16
- Apa Cerita Dengan RCI Tommy Thomas?