Kes denggi di Johor meningkat 157 peratus

Oleh – Syeikh Baran


Kes denggi di Johor meningkat 157 peratus
Gambar Hiasan

Kumulatif kes denggi di Johor mencatatkan peningkatan 157 peratus pada minggu epid ke 07/2024 tahun ini dengan 2,555 kes direkodkan, berbanding 994 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon, berkata daripada jumlah kes dilaporkan, sebanyak 966 kes dari lokaliti wabak dan 1,589 kes dari lokaliti bukan wabak.



Katanya, pada Minggu Epid 07/2024, daerah yang melaporkan kes tertinggi adalah Johor Bahru yang menyumbang 320 kes.

“Ia diikuti Kulai (31), Kota Tinggi (9), Batu Pahat (7), Segamat (5), Muar (4), Tangkak dan Pontian (masing-masing 3 kes), manakala Kluang dan Mersing (2 kes).

“Daerah yang melaporkan peningkatan kes pada Minggu Epid 07/2024 berbanding minggu epid lalu ialah Kulai dan Segamat.

“Pada Minggu Epid 07/2024, terdapat 64 lokaliti wabak baharu dilaporkan di Johor iaitu di daerah Johor Bahru (61) dan Kulai (3). Jumlah terkumpul lokaliti wabak di seluruh Johor pada tahun ini sehingga Minggu Epid 07/2024 adalah 364 berbanding 126 dalam tempoh sama tahun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.



Tian Soon berkata, tiga kematian dilaporkan pada minggu terbabit bagi seluruh negeri, manakala kumulatif kes kematian denggi sehingga tempoh itu adalah sebanyak empat kes berbanding dua kes pada tahun lalu.

“Aktiviti penguatkuasaan dijalankan mengeluarkan 698 kompaun dengan nilai kompaun sebanyak RM335,900 ditawarkan. Daripada jumlah itu, 56 peratus membayar kompaun berkenaan,” katanya.

Sumber – BERITA HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button