Lisa Blackpink jadi pelakon

Oleh – Syeikh Baran


Lisa Blackpink jadi pelakon
Lisa akan muncul dalam musim ketiga siri televisyen popular Amerika Syarikat (AS), The White Lotus.

PENYANYI Blackpink, Lisa akan muncul dalam musim ketiga siri televisyen popular Amerika Syarikat (AS), The White Lotus sekali gus menjadi penampilan sulung bintang K-pop itu dalam gelanggang lakonan.

Lisa akan dikreditkan dalam rancangan terbitan HBO itu dengan nama sebenarnya, Lalisa Manobal, lapor Variety.



Bagaimanapun, peranan Lisa siri berkenaan belum didedahkan.

Menurut Variety, musim ketiga The White Lotus akan memulakan pengeluaran bulan ini di Koh Samui, Phuket dan Bangkok, Thailand.

Kumpulan Blackpink menempa kemasyhuran dan pengaruh luar biasa di seluruh dunia dan Lisa pula muncul sebagai wanita paling terkenal di Korea Selatan.

Justeru, kemuculan Lisa dalam The White Lotus dijangka meningkatkan profil seninya di mata penonton AS. Minggu lalu Lisa mengumumkan bahawa dia telah menubuhkan syarikat muzik dan hiburannya sendiri, Lloud.



Selain Lisa, Blackpink turut dianggotai tiga anggota lain iaitu Jennie Kim, Rose dan Jisoo.

Keempat-empat mereka memperbaharui kontrak dengan YG Entertainment Korea Selatan lewat tahun lalu, menyebabkan saham syarikat itu naik hampir satu pertiga.

Blackpink mencipta rekod Guinness awal tahun ini kerana mempunyai saluran muzik paling banyak ditonton di YouTube, yang kini mempunyai lebih 90 juta pelayar. – Agensi/ Awani

Sumber – SINAR HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button