Ibarat tong kosong berbunyi kuat – Rexy

Oleh – Syeikh Baran


Ibarat tong kosong berbunyi kuat – Rexy
MALAYSIA terpaksa berpuas hati muncul naib juara selepas tewas 0-3 kepada China pada final BATC kelmarin.

BARISAN kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) berdepan tugas berat bagi mempersiapkan pasukan lelaki menjelang saingan Piala Thomas 2024 yang dijadualkan berlangsung di Chengdu, China bermula 28 April hingga 5 Mei depan.

Pengarah Kejurulatihan ABM, Rexy Mainaky mengang



gap skuad lelaki kebangsaan belum cukup sempurna untuk  pencabar utama merebut Piala Thomas selepasmenjadi gagal mempertahankan gelaran pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.

Malaysia yang beraksi tanpa dua perseorangan lelaki utama, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong sekadar berpuas hati sebagai naib juara selepas tewas 0-3 kepada China dalam aksi final yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah Alam ­kelmarin.

Berdasarkan aksi keseluruhan yang ditampilkan pemain-pemain negara sepanjang kejohanan itu, Rexy menyifatkan masih banyak kerja perlu dilakukan bagi memastikan skuad ­lelaki benar-benar bersedia sebelum beraksi di Chengdu.

“Pasukan Malaysia memang kuat dan ada peluang jadi juara Piala Thomas, tetapi tugas kita sekarang adalah bagaimana mahu menjadikannya lebih mantap. Ia memerlukan komitmen serta tanggungjawab sebagai satu pasukan.



“Kita tidak mahu hanya kelihatan kuat sahaja, sedangkan pada hakikatnya diibaratkan seperti tong kosong yang berbunyi kuat. Ini yang perlu diperbaiki, terma­suk semangat patriotik untuk bermain Piala Thomas,” katanya.

Jurulatih dari Indonesia itu mengharapkan komitmen daripada semua pemain, tidak kira berstatus kebangsaan ataupun profesional untuk memberikan sepenuh fokus sekiranya dipanggil me­nyertai kem latihan pusat.

Beliau turut menegaskan, kejayaan tidak akan datang bergolek sekiranya pihak kejurulatihan sahaja mahukan kejayaan itu tanpa ada usaha daripada pemain-pemain yang bakal menggalas tanggungjawab dalam ­gelanggang.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading