Berenang bersama ular terbesar di dunia

Oleh – Syeikh Baran


Berenang bersama ular terbesar di dunia
Anakonda ini seberat 199.5 kilogram dan berukuran 7.62 meter panjang. – Jam Press

Seorang ahli biologi dari Belanda menemui ular terbesar di dunia yang dirakam  menyusur dasar sebatang  sungai di Hutan Hujan Amazon sebelah Brazil, lapor akhbar The Sun semalam.

Reptilia  gergasi itu memiliki berat 199.5 kilogram atau tiga kali ganda melebihi berat manusia biasa dan berukuran 7.62 meter panjang. Saiz kepalanya dikatakan menyamai saiz kepala manusia.

Spesies Anakonda Hijau Utara tersebut ditemui oleh Profesor Freek Vonk  yang juga pengacara sebuah program hidupan liar di televisyen.

Dalam video yang disiarkan, Vonk dirakam berenang di sebelah ular gergasi berkenaan.

“Berdasarkan video yang anda boleh lihat, ia merupakan anakonda terbesar  pernah saya lihat. Ia setebal tayar kereta, sepanjang 7.62 meter dan seberat 199.5 kilogram,” katanya. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker