Buruh ladang ditahan kes bunuh pemandu lori

Oleh – Syeikh Baran


Buruh ladang ditahan kes bunuh pemandu lori
Gambar Hiasan

Polis menahan seorang buruh ladang bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh melibatkan seorang pemandu lori di sebuah kedai kopi di Taman Damai,Padang Serai, kelmarin.

Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di pekarangan Hospital Kulim kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.



Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md Noor berkata, lelaki berasal dari Kuala Ketil itu mempunyai dua rekod jenayah lampau iaitu kes rusuhan bersenjata dan mendatangkan cedera.

“Hasil siasatan mendapati tangkapan ini ada kaitan dengan balas dendam hingga menyebabkan serangan terhadap mangsa,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Safuan berkata, polis turut merampas sebuah telefon bimbit daripada suspek dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Kulim esok.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang lelaki maut selepas diserang dua lelaki bersenjatakan parang dan sabit di sebuah kedai kopi di Taman Damai,Padang Serai.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading