Meninggal bersendirian dalam rumah

Oleh – Syeikh Baran


Meninggal bersendirian dalam rumah
Anggota polis memeriksa rumah Abdul Rahim Singh yang ditemui mati di Taman Permint Perdana, Seberang Takir, Kuala Nerus semalam.

Seorang peniaga ikan yang mengadu demam sejak beberapa hari lalu ditemui meninggal dunia di dalam rumahnya di Taman Permint Perdana, Seberang Takir di sini malam tadi.

Mayat lelaki dikenali sebagai Abdul Rahim Singh Abdullah berusia 51 tahun itu ditemui dalam keadaan berbaring di dalam rumahnya pada pukul 7.10 malam.



Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd. Zaki Wan Ismail berkata, sepasukan polis bergegas ke rumah itu setelah menerima aduan jiran-jiran yang mendakwa terhidu bau busuk.

“Pemeriksaan mendapati mayat lelaki tersebut sudah mereput dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lalu.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu tinggal seorang diri. Setakat ini, tiada unsur jenayah dikesan.

“Kematiannya diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.



Difahamkan Abdul Rahim Singh yang merupakan mualaf tidak hadir kelas agama kelolaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) sejak beberapa hari lalu kerana mengadu demam.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading