Lebih 1,500 aduan gangguan haiwan liar setiap tahun di Johor

Oleh – Syeikh Baran


Lebih 1,500 aduan gangguan haiwan liar setiap tahun di Johor
LING Tian Soon (dua kanan) bergambar berlatarbelakangkan seekor gajah liar ketika mengikuti operasi memindahkan haiwan berkenaan di Kluang, Johor.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor telah menerima lebih daripada 1,500 aduan setiap tahun sejak 2020 hingga 2023 berhubung gangguan haiwan liar di kawasan penempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, 65 peratus daripadanya melibatkan gangguan monyet liar, diikuti gangguan babi hutan (11 peratus) dan gangguan gajah (10 peratus).



Menurut beliau, Jabatan Perhilitan Johor telah menubuhkan pasukan khas untuk menangani aduan berkaitan gangguan gajah liar.

“Jabatan Perhilitan Johor ketika ini mempunyai kira-kira 110 pegawai daripada pelbagai peringkat yang bertanggungjawab untuk pentadbiran, penguatkuasaan undang-undang, perlindungan, dan penangkapan haiwan.

“Menurut statistik Jabatan Perhilitan Johor kini, terdapat kira-kira 120 hingga 150 ekor gajah di seluruh negeri ini terutamanya di sekitar Kota Tinggi, Kluang, Segamat dan Mersing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Tian Soon, Jabatan Perhilitan Johor juga telah membina Pusat Perlindungan Gajah seluas kira-kira 29.5 hektar di Kota Tinggi bertujuan menempatkan beberapa gajah di pusat berkenaan.



Terdahulu, beliau turut terlibat dalam Ops Translokasi yang diadakan bagi memindahkan dua ekor gajah ke kawasan Taman Negara selepas menerima aduan kehadiran haiwan liar itu di Jalan Kluang – Renggam, Kluang.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button