Pelajar curi kasut bayar yuran universiti

Oleh – Syeikh Baran


Pelajar curi kasut bayar yuran universiti
SEORANG pelajar universiti mencuri puluhan kasut di Gowa, baru-baru ini. – Foto Kompas.com

Seorang pelajar universiti ditangkap polis kerana disyaki mencuri berpuluh-puluh pasang kasut di Gowa, Sulawesi Selatan, lapor portal berita Tribun Trends.

Dia kemudian menjual semua kasut yang dicuri  bagi mendapatkan wang untuk membayar yuran pengajiannya.



Perbuatan suspek akhirnya dapat dikesan yang menyaksikan orang awam  menangkapnya sebelum diserahkan kepada polis di sebuah kawasan perumahan semalam.

Seorang mangsa dikenali sebagai sebagai Ari pada mulanya curiga apabila mendapati kasutnya yang hilang dijual di laman sosial

“Saya pun berpura-pura mahu membelinya,” kata Ari.

Setelah memastikan kasut yang dijual itu miliknya, puluhan orang lain kemudian muncul dan menangkap pelajar tersebut.



Pelajar itu mengaku bahawa dia berpura-pura meronda di kawasan perumahan sebelum mencuri kasut yang disimpan di luar rumah. – AGENSI  

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button