6 ahli BERSATU bakal ‘U Turn’ sokong Muhyiddin semula?

Oleh – Bakhtiar Omar


6 ahli BERSATU bakal 'U Turn' sokong Muhyiddin semula?

Spekulasi mengenai sokongan 6 ahli parlimen BERSATU bakal membuat ‘u turn’ mula diperkatakan berikutan kemarahan rakyat terhadap Kerajaan Madani.



Mereka dikhabarkan akan kembali menyokong Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat namun tidak ada kesahihan mengenai perkara tersebut.

Ini semua bermula selepas nilai Ringgit Malaysia mulai lemah berbanding Dollar US dan krisis inflasi yang sudah mulai kelihatan dan gagal ditangani Menteri Ekonomi.

Krisis beras juga dikatakan antara faktor kemarahan rakyat berikutan pengenalan ‘Beras Madani’ yang jauh lebih mahal dari harga sediada.

Rakyat tertanya bagaimana makanan ruji rakyat Malaysia tidak dikawal selia dengan baik oleh kerajaan sehingga menyebabkan krisis bekalan beras melanda.



Bukan sahaja mengenai harga beras, kos sara hidup yang semakin menjerut perasaan rakyat turut dijadikan topik harian di merata platform termasuk kedai kopi di kampung dan bandar.

Sudah pasti semua tahu siapa di sebalik pengenalan ‘Beras Madani’. Adakah itu sabotaj serta menimbulkan kemarahan rakyat terhadap Kerajaan Madani?

6 ahli BERSATU bakal 'U Turn' sokong Muhyiddin semula?

Lebih parah lagi, kepimpinan Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri juga menerima kritikan keras dari rakyat dan ini menyebabkan 6 ahli Parlimen yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada Anwar sudah mulai ‘goyang’.



Bagi mereka, tiada guna kekal bersama Anwar dan menerima nasib sama melainkan mengubah sokongan dan bersedia untuk pertukaran kerajaan.

Mengambil langkah ‘selamat’ adalah jalan selesai paling mudah untuk menjaga kepentingan mereka selaku ahli politik.

6 ahli BERSATU bakal 'U Turn' sokong Muhyiddin semula?

Walaupun BERSATU dikatakan sedang berdepan konflik dalaman, dikatakan juga 6 ahli parlimen itu akan membuat keputusan dalam masa terdekat bagi membantu Perikatan Nasional mewujudkan sebuah kerajaan baru.



Persoalannya, benarkah semua spekulasi tersebut atau ia ditimbulkan kerana ada pihak mahu mengambil kesempatan dalam kekecohan kejatuhan Ringgit Malaysia?

Biarlah pembaca menilai dan memikirkan apakah akan berlaku pertukaran kerajaan atau Anwar mengambil langkah drastik bagi menyelamatkan keadaan politik semasa dan meneruskan sehingga habis penggal.

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading