Suara mangsa gempa masih kedengaran selepas 10 hari

Suara mangsa gempa masih kedengaran selepas 10 hari

Suara mangsa gempa masih kedengaran selepas 10 hari
PASUKAN kecemasan meneruskan usaha mencari dan menyelamat di Kahramanmaras di Turkiye.-AGENSI

ANTAKYA: Pasukan penyelamat di selatan Turkiye memaklumkan mereka masih mendengar suara dari bawah runtuhan lebih seminggu selepas gempa bumi dahsyat 7.8 magnitud, sekali gus memberi sedikit harapan untuk mencari lebih ramai mangsa yang terselamat.

Imej secara langsung yang disiarkan di CNN Turkiye menunjukkan penyelamat bekerja di dua kawasan di wilayah Kahramanmaras di mana mereka cuba menyelamatkan tiga beradik perempuan yang tertimbus di bawah runtuhan.

Di wilayah sama, pekerja kecemasan menyelamatkan seorang wanita berusia 35 tahun yang ‘dikebumikan hidup-hidup’ selama kira-kira 205 jam.



Dua beradik lelaki, Muhammed Enes Yeninar berusia 17 tahun dan abangnya Abdulbaki Yennir berusia 21 tahun turut berjaya ditarik keluar daripada runtuhan bangunan kelmarin.

Di bandar Adıyaman di timur Turkiye, penyelamat menarik seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dan seorang lagi lelaki yang masih hidup manakala pasukan penyelamat Ukraine berjaya membawa keluar seorang wanita yang tersepit di celah runtuhan di wilayah selatan Hatay.

10 hari selepas gegaran dan gegaran susulannya yang dahsyat, lebih 41,200 orang  disahkan terkorban di seluruh Turkiye dan Syria dengan kisah kelangsungan hidup semakin berkurangan.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berkata, pihaknya khuatir jumlah kanak-kanak yang terbunuh berikutan gempa itu akan terus meningkat walaupun jumlahnya belum disahkan.



Jurucakap UNICEF, James Elder berkata 4.6 juta kanak-kanak tinggal di 10 wilayah Turkiye yang dilanda bencana itu, manakala 2.5 juta kanak-kanak terjejas di Syria.

Ketika operasi menyelamat mula beralih kepada usaha pemulihan, kakitangan PBB berlumba-lumba menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terselamat di Syria melalui dua lintasan sempadan baharu yang diluluskan oleh kerajaan di Damsyik.

PBB sebelum ini mengalu-alukan keputusan Presiden Syria, Bashar al-Assad untuk membuka lintasan Bab Al-Salam dan Al Ra’ee” antara Turkiye dan barat laut Syria untuk tempoh tiga bulan bagi mempercepat penghantaran bantuan kemanusiaan di negara bergolak itu.

“Sebanyak 11 trak bantuan PBB menyeberang ke barat laut Syria melalui laluan Bab Al-Salam kelmarin dan 26 lagi trak masuk ke wilayah itu melalui lintasan Bab Al-Hawa,” jelas Ketua Bantuan PBB, Martin Griffiths.



3 letupan kuat kedengaran di bandar Kyiv

Suara mangsa gempa masih kedengaran selepas 10 hari

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rakyat teruja bila dengar SPRM panggil Daim beri keterangan.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button