Ringgit Catat Prestasi Terburuk, Siapa Yang Perlu Di Tambat
Ringgit Catat Prestasi Terburuk, Siapa Yang Perlu Di Tambat
Matawang Ringgit telah menghampiri prestasi terburuk dalam masa 26 tahun pada hari Selasa 20 Februari lepas.
Kadar tukaran matawang Ringgit berbanding Dollar America pada hari Selasa lepas adalah pada kadar USD1 bersamaan RM4.795.
Mengikut rekod, prestasi terburuk Ringgit yang pernah dicatat adalah ketika kemuncak krisis kewangan Asia pada Januari 1998.
Ketika itu nilai tukaran Ringgit berbanding Dollar America adalah pada kadar USD1 bersamaan RM4.88.
Paras Ringgit pada hari Selasa lalu juga mengatasi paras terendah harian yang dicatat pada 23 Oktober 2023 iaitu 4.7925.
Ketika ditanya oleh wartawan, Gabenor Bank Negara Malaysia, Abdul Rasheed Ghaffour, berkata prestasi ringgit sama seperti mata wang serantau lain telah dipengaruhi oleh beberapa faktor luaran.
Dalam artikata lain, Rasheed Ghaffour cuba memberitahu kita bahawa kononnya bukan hanya Ringgit yang mengalami kejatuhan nilai.
Tetapi ianya juga berlaku kepada mata wang serantau yang lain.
Tetapi, apakah benar dakwaan Rasheed Ghaffour?
Semakan penulis melalui laman web rasmi DOSM mendapati nilai Ringgit juga jatuh berbanding beberapa matawang serantau yang lain.
Jadi, di mana asasnya dakwaan Rasheed Ghaffour penurunan nilai matawang Ringgit turut dialami oleh mata wang serantau yang lain?
Dan sekiranya benar faktor luaran merupakan penyebab mengapa nilai Ringgit lemah, mengapa nilai mata wang serantau tidak terkesan?
Tidak dinafikan faktor luaran turut memberi tekanan kepada nilai Ringgit, tetapi ianya bukanlah satu-satunya faktor, apa lagi sebagai faktor utama.
Realitinya, penyebab kepada kejatuhan nilai Ringgit adalah faktor dalaman.
Dasar-dasar yang diumumkan dan dilaksanakan oleh kerajaan sekarang gagal menarik pelaburan luar.
Pada 22 Februari 2023, Sinar Harian melapurkan lawatan Anwar ke 9 buah negara luar berjaya menarik RM184.73 bilion pelaburan luar.
PMO pula melapurkan lawatan Anwar ke Jepun telah berjaya menarik pelaburan sebanyak RM29.56 bilion.
Persoalannya, adakah kesemua angka pelaburan yang sudah diumumkan itu sudah masuk ke dalam negara?
Sekiranya angka FDI juga kita mahu beretorik, apakah ia akan meyakinkan pelabur asing?
Siapa Yang Mesti Kita Tambat?
Untuk rekod, ketika Ringgit mencatat prestasi terburuk pada tahun 1998, yang menjadi Menteri Kewangan ketika itu adalah Anwar Ibrahim.
Dan kini sekali lagi Ringgit mencatat prestasi terburuk, Menteri Kewangan kita juga adalah Anwar Ibrahim.
Tetapi jangan lupa, sekarang ini kita juga mempunyai Menteri Ekonomi.
Penulis masih ingat ketika nilai Ringgit merudum di era DS Najib, Rafizi berkata bukan Ringgit yang perlu ditambat, tetapi DS Najib yang mesti ditambat.
Kini, Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Rafizi adalah Menteri Ekonomi.
Jadi, siapakah pula yang mesti ditambat?
Menteri Kewangan atau Menteri Ekonomi atau Gabenur BNM?
Ringgit Catat Prestasi Terburuk, Siapa Yang Perlu Di Tambat
Di Syorkan Untuk Anda:
- Siapa Presiden Majlis Peguam Hingga Berani Pertikai Kuasa Pengampunan YDP Agong
- Hipokrasi Pemimpin PAS Mengenai RUU 355 Semakin Jelas
- LTAT Semakin Tenat, Menteri Berkaitan Jangan Tidur