UCL: Aksi tanpa ‘jiwa’ Arsenal undang padah

UCL: Aksi tanpa ‘jiwa’ Arsenal undang padah

UCL: Aksi tanpa ‘jiwa’ Arsenal undang padah
ARSENAL menanggung kekalahan pada aksi pertama pusingan 16 terbaik ketika bertemu Porto awal pagi semalam. – AFP

PORTO – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berang dengan aksi kurang agresif ditampilkan barisan pemainnya selepas tewas 0-1 kepada FC Porto pada pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara di Stadium Dragao awal pagi semalam.

Gol tunggal perlawanan yang dijaringkan Galeno pada lewat permainan nyata memberi kelebihan buat skuad kendalian Sergio Conceicao itu menjelang aksi timbal balik di Emirates 13 Mac depan.

Pada perlawanan itu, Arsenal mendominasi permainan dari segi penguasaan bola, namun Porto dilihat lebih berbahaya apabila melakukan dua percubaan tepat berbanding The Gunners yang langsung tidak memiliki percubaan tepat.

“Secara jujur, kami langsung tidak berjaya mengancam pintu gol mereka. Kami sepatutnya bermain dengan lebih agresif, terutamanya ketika melancarkan serangan ke arah benteng pertahanan lawan.



“Selepas ini saya mungkin akan melakukan beberapa perubahan supaya kami mampu melakukan serangan dengan lebih efektif. Kami juga perlu memastikan benteng pertahanan akan lebih kemas,” katanya.

Dalam pada itu, beliau percaya Porto merupakan sebuah pasukan yang sangat tersusun, terutamanya dari segi pertahanan yang menyaksikan mereka berjaya mematahkan setiap serangan dilancarkan Arsenal.

“Apa yang pasti, Porto adalah pasukan yang cukup baik ketika bertahan dan ia mengganggu rentak permainan Arsenal. Menjelang aksi di laman sendiri nanti, kami sudah tahu bagaimana untuk berdepan dengan mereka,” ujar Arteta. – AGENSI

UCL: Aksi tanpa ‘jiwa’ Arsenal undang padah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

SPANCO: SPRM Rakam Keterangan Tengku Zafrul, Akan Panggil Muhyiddin



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button