Empat peratus pili bomba dikesan rosak teruk

Oleh – Syeikh Baran


Empat peratus pili bomba dikesan rosak teruk
Gambar Hiasan

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti hanya empat peratus pili bomba awam di seluruh negara berada situasi kerosakan teruk.

Menurut Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohamad, jumlah berkenaan sudah dimasukkan dalam senarai pembaikan daripada keseluruhan lebih 357,000 pili tersebut.



“Kita masih sedang kenal pasti yang mana perlu diberi keutamaan kerana ada sembilan jenis kategori kerosakan pili bomba untuk diperbaiki.

“Jadi, saya mahu kesemua 337 balai bomba dan penyelamat di negara ini segera melakukan pemeriksaan berkala termasuk masalah risiko tekanan air rendah,” katanya selepas melancarkan perlepasan kumpulan 13 pendaki program amal di Anjung Tinjau, Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Isu pili bomba dibangkitkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pada 13 Februari lalu susulan beberapa kes kebakaran besar yang berlaku akhir-akhir ini.

Mengulas lanjut, Nor Hisham berkata, JBPM memang dalam proses baik pulih pili yang dikesan rosak amat teruk menerusi peruntukan sebanyak RM3.8 juta sepanjang tahun ini.



“Bagaimanapun, kita ada mohon lagi dana tambahan daripada pihak Kementerian Kewangan dan saya beri jaminan, proses ini malah dibuat secara berterusan,” jelasnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading