IJN jadi ‘kubu’ Mahathir dari SPRM?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


IJN jadi 'kubu' Mahathir dari SPRM?

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad telah dimasukkan ke IJN-Institut Jantung Negara sejak 26 Januari 2024.



Beberapa keping foto yang dikeluarkan menerusi akaun rasmi Dr Mahathir Mohamad tidak menunjukkan tanda-tanda beliau tidak sihat dan mendapat jangkitan.

Ada spekulasi menyatakan Mahathir memang akan memilih IJN untuk mendapatkan rawatan namun di situ juga beliau sebenarnya menjadikan IJN sebagai ‘kubu’ dari sebarang siasatan SPRM atau mana-mana pihak berkuasa.

Lebih menimbulkan kemusykilan, adakah benar Mahathir menggunakan IJB sebagai ‘kubu’ dari siasatan SPRM?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil sekiranya bukti menunjukkan ada pembabitan beliau dalam kegiatan salah guna kuasa.- Laporan 29/1/2024



Ini berikutan kenyataan pihak SPRM pada 29 Januari 2024 yang tidak menolak kemungkinan memanggil Mahathir untuk diambil keterangan bagi tujuan siasatan berkaitan siasatan SPRM terhadap anaknya.

Namun demikian, siasatan SPRM dijangkakan tidak akan meninggalkan kesan terhadap Mahathir dari sudut moral kerana beliau sudah mangli dengan soal siasat SPRM.

IJN jadi 'kubu' Mahathir dari SPRM?
Dr Mahathir Mohamad

Apa yang digeruni Mahathir ialah penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja-RCI berkaitan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca).

Malaysia ‘kehilangan’ Pulau Batu Puteh berikutan penarikan diri Malaysia dari pendengaran penghakiman Mahkamah Antarabangsa pada 11 Jun 2018. Ketika itu, Mahathir merupakan Perdana Menteri Malaysia.



“If the decision to withdraw the review application was done by the Prime Minister together with the Cabinet, then the Prime Minister and the entire Cabinet were negligent under the principle of collective responsibility.

“If the decision to withdraw the review application was done unilaterally by Dr Mahathir himself without bringing it to the Cabinet, then Dr Mahathir as a prime minister had committed treason or betrayed the nation in his personal capacity,” – Laporan 25/2/2024

Sehingga hari ini, belum ada khabar dari IJN mengenai keadaan kesihatan Mahathir dan bilakah beliau boleh dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara.

 



 

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading