Isteri curang bersama pelajar sekolah

Oleh – Syeikh Baran


Isteri curang bersama pelajar sekolah
SEORANG guru digantung tugas selepas suaminya membuat aduan tentang hubungan wanita berkenaan. – Foto AFP

Seorang guru di Shanghai digantung tugas selepas suaminya membuat aduan bahawa wanita berkenaan menjalin hubungan sulit dengan pelajar berumur 16 tahun, lapor portal berita VNEXpress semalam.

Suami dikenali sebagai Wu itu berkongsi rekod perbualan mesej telefon bimbit antara isterinya, Zhang Yue bersama pelajar tersebut.



Yue merupakan seorang guru kimia di sebuah sekolah menengah di Shanghai.

Perbualan mereka berkisar tentang tarikh temu janji rahsia dan kemungkinan menyewa sebuah bilik hotel.

Yue yang dipercayai berumur dalam lingkungan 30-an,  didakwa mengarahkan pelajar tersebut untuk memadamkan rekod perbualan sebagai usaha menyembunyikan hubungan sulit mereka.

Sebagai tindakan, pihak pengurusan sekolah mengumumkan bahawa guru terbabit digantung tugas sementara dakwaan hubungan sulit tersebut disiasat, baru-baru ini.



Guru itu tidak melanggar undang-undang jika pelajar terbabit berumur lebih 16 tahun, kata seorang peguam kepada akhbar Modern Express.

Kisah itu tular platform tempatan, Weibo dan dalam masa 19 jam sahaja, ia merekodkan kira-kira 2.5 bilion tontonan. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button