Hadi Awang cuba remehkan Istana, Perlembagaan Persekutuan

Oleh – Bakhtiar Omar


Hadi Awang cuba remehkan Istana, Perlembagaan Persekutuan

 



Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan Hadi Awang yang disifatkan cuba meremehkan Istana serta Perlembagaan Persekutuan.

Hadi dalam tulisan beliau cuba menyatakan Malaysia masih lagi menggunapakai Perlembagaan yang dicipta penjajah dalam Suruhanjaya Reid.

Kedangkalan pemikiran Hadi jelas terpapar apabila beliau lupa selama terlibat dalam dunia politik, Parti Islam Se-Malaysia-PAS turut mengamalkan apa yang dirangka Suruhanjaya Reid termasuklah pemilihan dalam parti itu sendiri.

Beliau sendiri mengiktiraf Perlembagaan Persekutuan apabila mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat. Agak memalukan sekiranya Hadi yang diangkat penyokongnya sebagai ‘Ulama’ bersikap umpama ‘duit syiling’ dalam perkara melibatkan Perlembagaan Persekutuan.



Sepatutnya, kita menunaikan kewajipan merungkai dan merombak semula ikatan penjajah itu dengan pemikiran kita yang dibebaskan daripada belenggu penjajah. Pada masa yang sama, menunaikan kewajipan dengan meletakkan Islam di tempat yang mulia, kerana kedudukannya daripada Allah Yang Maha Besar, tiada sekutu dan bandingan bagi-Nya.
Islam adalah keutamaan. Tegakkan Islam, semua pasti akan selamat. Tegakkan yang lain tanpa Islam, semuanya tidak akan selamat. – Kenyataan Hj Hadi Awang

Adakah Hadi buta mata dan buta hati apabila Perlembagaan Persekutuan meletakkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia? 

Tidakkah Hadi Awang sedar bahawa Perlembagaan Persekutuan telah dipinda sebanyak 42 kali semenjak kemerdekaan sehingga 2005.

Terlalu ‘bodoh’kah Hadi Awang sehingga tidak tahu sebarang pindaan Perlembagaan Persekutuan perlu mendapat majoriti 2/3 di Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Parlimen?



Hadi Awang cuba remehkan Istana, Perlembagaan Persekutuan

Sebenarnya siapa di belakang Hadi Awang sehingga beliau begitu ‘berani’ mengeluarkan kenyataan menyentuh Perlembagaan Persekutuan?

Meneliti penulisan Hadi seolah membaca tulisan seorang lagi ahli politik veteran cuma karangan Hadi di tokok dengan penggunaan ayat Quran untuk meyakinkan penyokong dan ahli PAS.

“Abdul Hadi seorang Ahli Parlimen veteran yang beberapa kali mengangkat sumpah setia jawatan dengan penekanan kepada sumpah untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.



“Jadi kenapa sekarang beliau mempertikaikan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara sedangkan agama Islam ditetapkan sebagai agama Persekutuan sejak Perlembagaan digubal pada tahun 1957 lagi.

“Adakah Abdul Hadi tidak lagi menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara? Tidakkah ini juga menggambarkan Abdul Hadi sengaja mencetuskan polemik politik demi meraih sokongan rakyat khususnya umat Islam yang berbangsa Melayu,” – Kandungan Surat Tuanku Sultan Selangor kepada Hadi Awang

Krisis membabitkan Perlembagaan, menyentuh Istana serta membangkitkan keresahan serta perpecahan kalangan rakyat terutama Melayu Islam ini sememangnya ‘forte’ seorang individu yang dekat dengan PAS buat masa sekarang.

Mungkin ada yang boleh mengagak siapakah individu tersebut tetapi jangan cepat melatah dengan spekulasi. 



Hadi Awang cuba remehkan Istana, Perlembagaan Persekutuan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button