Kesusahan rakyat bemula sebaik sahaja Barisan Nasional tumbang.  

 

Oleh Adam Malik

 

Kesusahan rakyat terhasil dari tangan mereka sendiri apabila Mahathir menjadi Perdana Menteri kali kedua.



Benarlah apa yang disampaikan oleh sebuah filem arwah Tan Sri P Ramlee dimana segerombolan wakil penyamun tersilap pangkah rumah untuk dirompak pada waktu malam,  dimana mereka tersilap dan terpangkah pintu jamban untuk dirompak pada malam hari, hasil nya mereka dapat Najis dan bau busuk.

Begitu jugalah dengan PRU14 apabila rakyat dipedaya untuk tukar Kerajaan.

Segala janji ditaburkan semata mata untuk memikat rakyat.

Dalam pada wakil Pakatan Harapan berceramah merata tempat, mereka telah memukau rakyat dengan kisah sensasi 1MDB dan ditabur janji janji manifesto yang tidak masuk akal.



Sebab musabab tidak masuk akal adalah dalam waktu sama Tun Mahathir dengan propaganda negara akan muflis dan bankrap , Pakatan Harapan pula menabur janji bernilai berbilion ringgit.

Apa tidaknya jika Tol dan PTPN dihapuskan Kerajaan perlu cari dana berbilion untuk ‘absorb” kos untuk ambil alih jumlah hutang PTPN dan bayar ganti rugi pemilik konsensi Tol.

Maka, sahlah ada kontradiksi pada janji janji PH dan Tun Mahathir., akhinya tidak dilaksanakan.

Sesudah menyatakan negara tidak ada wang kerana Braisan Nasional dan Najib Razak telah memufliskan negara, janji PH pula membabitkan wang berpuluh billion untuk dilaksanakan.



Sungguh tidak masuk akal.

Kemudian janji menghapuskan GST yang sangat popular kepada peniaga ProDAP pula diwar warkan

Bayangkan setelah janji berpuluh billion dibuat oleh PH dan Tun Mahathir Ketika berkempen , pendapatan melalui GST pula dihapuskan untuk kemblikan sistem cukai  SST yang tidak efeisin dan lapuk.

Maka jadi “double blow” kepada kewangan negara.



Pendapatan semakin kurang, perbelanjaan pula semakin meningkat.

Namun, siapa pun tidak peduli kerana terlalu ghairah mahu menukar Kerajaan dan jatuhkan Najib Razak.

Popaganda Najib turun ringgit akan naik sekadar cakap kosong sahaja, buang GST barang akan turun harga juga sekadar fatamorgana.

Akhirnya tidak perlu diceritakan lagi seluruh rakyat semua pun kena tipu janji manifesto bukan kitab suci dan cukai SST dinaikan.



Hari ini banyak aset rakyat sudah digadai oleh Tun Mahathir termasuk sebuah Pulau dan hutang semakin bertambah.

Mahu salahkan siapa?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button