Dua penunggang Yamaha RXZ cedera

Oleh – Syeikh Baran


Dua penunggang Yamaha RXZ cedera
Tangkap layar video memaparkan dua penunggang motosikal Yamaha RXZ terlibat dalam kemalangan di KM 258.3 LPT 2 berhampiran Perasing, Kemaman semalam.

Padah melakukan aksi ala ‘Superman’ dan berlumba semasa sendiri, dua penunggang motosikal Yamaha RXZ nyaris maut apabila terlibat dalam kemalangan Kilometer 258.3 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT), berhampiran Perasing di sini semalam.

Dalam kemalangan pada pukul 12.20 tengah hari itu, dua lelaki berusia 30-an tersebut terjatuh setelah merempuh kenderaan pelbagai guna, Proton Exora sebelum nyaris digilis kenderaan lain.



Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, dua penunggang Yamaha RXZ itu bersama seorang rakan lain dikatakan dalam perjalanan untuk menyertai himpunan motosikal di Kuantan, Pahang.

“Berdasarkan bukti video papan pemuka sebuah kenderaan, tiga penunggang motosikal itu dikatakan berlumba sesama sendiri dan cuba memotong kenderaan lain.

“Begitupun, dua daripada mereka dikatakan hilang kawalan lalu merempuh tepi kenderaan Perodua Exora di hadapannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, dua mangsa yang terjatuh hampir digilis kenderaan lain di belakangnya.



Tambah beliau, seorang lagi penunggang motosikal Yamaha RXZ terlibat sempat mengelak daripada merempuh kenderaan sama sebelum memecut melarikan diri.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button