Hampir 1000 sertai Himpunan Mega Demi Palestin

Oleh – Syeikh Baran


Hampir 1000 sertai Himpunan Mega Demi Palestin
Semua peserta berkenaan dilihat tiba di pekarangan Padang Tembok sekitar pukul 4.30 petang disertai laungan ‘Free Palestine’.

Hampir 1,000 individu menyertai Himpunan Mega Demi Palestin dengan memulakan perarakan dari Menara Tabung Haji ke Padang Merbok, di sini hari ini.

Semua peserta berkenaan dilihat tiba di pekarangan Padang Tembok sekitar pukul 4.30 petang disertai laungan ‘Free Palestine’.



Himpunan hari ini mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang membantu mengawal laluan trafik dan keselamatan membabitkan lebih 100 pegawai serta anggota.

Setakat pukul 5 petang ini, peserta pelbagai usia, bangsa dan agama masih teguh berada di padang bagi menunjukkan sokongan terhadap Palestin.

Terdahulu media melaporkan, himpunan yang dianjurkan oleh Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) mula berkumpul seawal 1.30 petang sebelum mula bergerak sejauh lima kilometer (km) menuju ke Padang Merbok.

Peserta berjalan melalui Kedutaan Amerika Syarikat (AS) seterusnya, bergerak ke Pusat Convention Kuala Lumpur (KLCC), Hotel Renaissance, Maju Junction, Sogo, Dataran Merdeka dan ‘check point’ terakhir, iaitu di Padang Merbok.



Himpunan dan perarakan hari ini diadakan bagi menzahirkan solidariti terhadap Palestin serta ketegasan rakyat Malaysia akan kekejaman rejim zionis Israel.

Sumber – KOSMO! ONLINE.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading