Polis tembak tayar Hilux pengedar dadah

Oleh – Syeikh Baran


Polis tembak tayar Hilux pengedar dadah
Keadaan tayar trak pikap Toyota Hilux dipandu seorang lelaki yang ditembak anggota polis di persimpangan Laloh, Kuala Krai, semalam. Foto IHSAN POLIS

Anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar sebuah trak pikap yang dipandu seorang lelaki dipercayai pengedar dadah selepas cuba merempuh anggota polis di Laloh, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.35 malam itu, suspek berusia 45 tahun yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux berjaya dicekup selepas 40 minit dikejar anggota kereta peronda (MPV).



Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, unit MPV cuba menahan kenderaan terbabit selepas mendapati ia dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, pemandu trak pikap itu bagaimanapun tidak mengendahkan arahan polis sebelum bertindak meloloskan diri, namun kemudiannya berjaya ditahan.

Hasil pemeriksaan menjumpai satu bungkusan plastik berisi 162 biji pil disyaki dadah jenis methamphetamine dan sebilah parang bersarung hitam di dalam kenderaan tersebut.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis emphetamie dan mempunyai dua rekod lampau berkait kesalahan dadah,” katanya menerusi satu kenyataan.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading