Himpunan Demi Mega Palestin berjalan lancar

Oleh – Syeikh Baran


Himpunan Demi Mega Palestin berjalan lancar
Polis mengesahkan Himpunan Mega Demi Palestin yang berlangsung di ibu negara hari ini, berjalan lancar.

Polis mengesahkan Himpunan Mega Demi Palestin yang berlangsung di ibu negara hari ini, berjalan lancar.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya menganggarkan lebih kurang 1,000 peserta mengikuti himpunan yang dianjurkan Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) itu.

“Perhimpunan berjalan dengan lancar dan baik tanpa sebarang insiden tidak diingini sehingga himpunan berakhir.



“Kita menempatkan anggota secukupnya bagi membantu melancarkan perarakan dan himpunan berkenaan,” katanya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan kira-kira 300 peserta dilihat mula berkumpul seawal 1.30 tengah hari sebelum mula bergerak sejauh lima kilometer (km) menuju ke Padang Merbok.

Peserta berjalan ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) seterusnya, bergerak ke Pusat Convention Kuala Lumpur (KLCC), Hotel Renaissance, Maju Junction, Sogo, Dataran Merdeka dan ‘check point’ terakhir, iaitu di Padang Merbok.

Peserta yang berarak dari Menara Tabung Haji dilihat tiba di pekarangan Padang Tembok sekitar pukul 4.30 petang dengan laungan gemuruh “Free Palestine”.



Himpunan hari ini mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta anggota RELA yang membantu mengawal laluan trafik dan keselamatan membabitkan lebih 100 pegawai dan anggota.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker