Muka cantik suara sumbang, The Gadys dikecam hebat

Oleh – Syeikh Baran


Muka cantik suara sumbang, The Gadys dikecam hebat
The Gadys menyampaikan lagu medley Cintaku Sampai Ke Ethiopia, Cinta Sampai Mati dan Gadis dan Bunga.

“Nak sertai The Gadys boleh? Suara saya pun sumbang macam mereka.”

Demikian komen netizen yang geli hati mengikuti persembahan kumpulan The Gadys ketika Anugerah KNKV Viral 2024 yang ditayangkan menerusi RTM, baru-baru ini.



Rata-rata menyindir nyanyian sumbang ketiga-tiga anggota kumpulan itu semasa menyampaikan lagu medley Cintaku Sampai Ke Ethiopia, Cinta Sampai Mati dan Gadis dan Bunga.

Biarpun majlis berkenaan sudah berlangsung beberapa hari berlalu, rakaman video segmen persembahan terbabit tular dalam media sosial sekali gus mencetuskan bermacam-macam kecaman.

“Kenapa sumbang sangat, tidak mungkin masuk televisyen pun menggunakan kabel,” ujar netizen lain.

Dalam masa sama, masih ada individu yang tampil mempertahankan ketiga-tiga penyanyi wanita itu dengan mendakwa mereka berbakat, cuma perlu diperbaiki dari segi lenggok vokal.



“Saya dengar okey sahaja cuma dorang ini amatur yang tidak pernah ke kelas vokal. Kalau digilap, mesti lebih baik suara mereka,” tutur netizen.

Bagaimanapun, usaha Kosmo! Online mendapatkan kenyataan ahli The Gadys gagal selepas panggilan telefon tidak dijawab dan mesej melalui WhatsApp juga tidak dibalas.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button